Puluhan kampit beras, tepung gandum & sardin dibuang & dibakar di tempat pelupusan sampah - The Reporter

Puluhan kampit beras, tepung gandum & sardin dibuang & dibakar di tempat pelupusan sampah

Beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan puluhan kampit beras, tepung, bihun, dan banyak lagi bahan kering yang ditemui penduduk kampung dibuang di kawasan pembuangan sampah berdekatan Kuala Krau, Pahang.

Hantaran tersebut mengundang persoalan ramai apatah lagi barang-barang tersebut merupakan keperluan asas masyarakat. Selain itu netizen turut mengaitkan punca kekurangan beras putih tempatan di pasaran.

Bukan sahaja membuang barangan tersebut, ada pihak yang telah bertindak membakar kesemua barangan itu setelah gambar dan video berkenaan tular.

Berdasarkan beberapa komen netizen, ada yang menyatakan barangan tersebut merupakan barang yang sudah luput tarikh dan rosak.

Namun, ada juga yang mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh ahli politik yang tewas semasa Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15).

Katanya,semua barang makanan itu sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar daerah Temerloh dan Maran pada Januari lalu.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Facebook Kuala Krau mendapati kerja-kerja pembersihan telah dijalankan. Puluhan barangan yang dibuang sudah tidak kelihatan. Hanya sampah-sampah biasa yang ditinggalkan.

Sumber: This is Kuala Krau, Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!