'Tak nak tape, nak jenis pants' - Asnaf kritik bantuan MAIWP, netizen persoal sikap terlalu cerewet? | The Reporter

‘Tak nak tape, nak jenis pants’ – Asnaf kritik bantuan MAIWP, netizen persoal sikap terlalu cerewet?

Wanita asnaf luah rasa tidak puas hati terhadap bantuan lampin yang diterima
Puan Putri menunjukkan lampin jenis pelekat yang diterima, bukan seperti dimohon, dalam video tular berkaitan bantuan MAIWP

• Asnaf kecewa MAIWP hantar lampin jenis pelekat, bukan seluar seperti dimohon
• Dakwa bantuan lambat dan sistem agihan tidak cekap
• Netizen berbelah bahagi, ada yang sokong, ada yang anggap terlalu cerewet

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Video seorang asnaf dikenali sebagai Puan Putri yang mengkritik bantuan diterima daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, Puan Putri meluahkan rasa tidak puas hati apabila barangan yang diterima tidak menepati keperluan sebenar anak-anaknya.

Ibu kepada enam anak itu mendakwa, dia telah memohon lampin pakai buang jenis seluar (pants) untuk anak-anaknya, namun pihak MAIWP menghantar lampin jenis pelekat (tape) sebaliknya. Masalah ini dikatakan bukan baharu, sebaliknya telah berulang selama bertahun-tahun.

“Tunggakan sampai dua ke tiga bulan… Saya order jenis seluar, dia orang hantar jenis tape,” katanya.

Sistem permohonan masih kuno

Selain lampin, Puan Putri juga mendakwa bekalan susu yang sepatutnya dihantar tidak diterima langsung. Dia menyifatkan sistem permohonan bantuan masih ketinggalan kerana bergantung kepada kaedah manual yang menyebabkan kelewatan dan kesilapan berulang.

“Dah bertahun-tahun jadi isu ini. Sistem masih manual, lambat dan tak telus,” katanya dalam video tersebut.

Menurutnya, dalam dunia serba digital sepatutnya sistem permohonan bantuan boleh dilakukan secara online supaya proses lebih cekap dan maklumat lebih tepat. Puan Putri juga berkata dia tidak takut untuk bersuara kerana yakin tindakan itu mewakili ramai lagi asnaf lain yang mengalami nasib sama.

“Saya tak takut sebab saya ada Allah… Allah yang suruh saya macam berani bercakap.”

@ipk.tv4

Penerima Bantuan Luah Rasa Kecewa terhadap Pengurusan MAIWP dan Baitulmal Kuala Lumpur, 6 Jun – Seorang penerima bantuan asnaf, Puan Puteri, tampil secara terbuka menyuarakan kekecewaannya terhadap kelewatan dan ketidaktelusan pengurusan bantuan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Baitulmal. Menurut beliau, bantuan barangan keperluan seperti lampin pakai buang (pampers) dan susu sering dihantar lewat hingga memakan masa dua hingga tiga bulan. Tambahan pula, berlaku kesilapan penghantaran barangan serta masalah sistem yang menyebabkan permohonan tertangguh atau dibatalkan secara tiba-tiba. “Bukan saya takut, saya ada Allah. Apa yang saya suarakan ini demi membantu golongan asnaf lain yang takut bersuara kerana khuatir bantuan mereka dibatalkan,” tegas Puan Puteri. Beliau juga menyentuh isu bantuan yang masih dihantar walaupun penerima telah meninggal dunia, menyebabkan barangan perlu disimpan atau dijual semula secara tidak rasmi. Hal ini, katanya, berpunca daripada sistem data yang lambat dikemas kini dan tidak efisien. Puan Puteri menyeru agar sistem bantuan MAIWP ditambah baik, beralih kepada sistem dalam talian yang lebih telus dan automatik demi kelangsungan hidup golongan memerlukan. “Semoga Allah memberi hidayah kepada pihak yang terlibat agar urusan bantuan ini berjalan dengan lebih lancar dan adil,” tambahnya.

♬ Never Forgive Me, Never Forget Me – Avith Ortega & Akira Yamaoka

Terlalu memilih, tak bersyukur

Namun selepas video itu tular, ramai netizen mula memberi reaksi berbeza. Ada yang menyokong dan menganggap teguran itu perlu demi penambahbaikan sistem bantuan, namun tidak kurang juga yang mengkritik Puan Putri kerana dianggap terlalu memilih dan tidak bersyukur dengan apa yang diberikan.

Perlukah sistem bantuan MAIWP ditambah baik?

Isu yang dibangkitkan Puan Putri mencetuskan persoalan sama ada sistem agihan bantuan oleh MAIWP perlu diperbaharui. Walaupun bantuan telah disalurkan, ketepatan jenis barangan dan masa penghantaran dilihat menjadi penentu utama keberkesanan sesuatu bantuan.

Teguran tersebut secara tidak langsung membuka ruang perbincangan lebih luas, adakah golongan penerima bantuan wajar bersuara bila berlaku kesilapan atau perlu menerima seadanya atas dasar syukur?

Related Posts