Puad Zarkashi cabar Adam Adli bersuara hapuskan hutang PTPTN | The Reporter

Puad Zarkashi cabar Adam Adli bersuara hapuskan hutang PTPTN

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengulas pelantikan Adam Adli sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan isu hutang PTPTN
Puad Zarkashi cabar Adam Adli isu PTPTN.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang baharu dilantik, Adam Adli agar bersuara secara lantang dalam usaha menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menerusi satu hantaran di Facebook, Mohd Puad mengucapkan tahniah kepada Adam Adli atas pelantikannya, sambil menyifatkan portfolio Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sebagai paling sesuai dengan latar belakang aktivisme beliau sebelum ini.

Menurutnya, pelantikan itu wajar dimanfaatkan untuk memperjuangkan janji dan idealisme yang pernah dibawa, khususnya tuntutan penghapusan hutang PTPTN yang menjadi antara isu utama ketika Adam Adli berada di barisan pembangkang.

“Bolehlah hapuskan hutang PTPTN. Tolong bersuara nyaring untuk hapuskan hutang PTPTN dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Barulah nampak berbaloi tidur dalam khemah di Dataran Merdeka,” katanya.

Baca juga:

Mohd Puad turut mengaitkan perkara itu dengan kenyataan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang sebelum ini menggesa pemimpin kerajaan agar menghidupkan semula idealisme reformasi menerusi konsep ‘Hidupkan Idealisme Reformasi Ujian Kuasa’ (HIRUK).

Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa realiti mentadbir negara berbeza berbanding ketika berada di blok pembangkang, sambil menyindir bahawa cabaran sebenar hanya dirasai apabila memegang kuasa.

“Jadi pembangkang memang mudah. Tetapi bila berkuasa, barulah tahu tinggi dan rendah langit. Takkan nak tidur lagi di Dataran Merdeka,” katanya lagi.

Related Posts