Selepas video isteri tidak bertudung tular di TikTok, pempengaruh Prince Syed tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku. Menurutnya, kejadian tersebut tidak disengajakan dan berpunca daripada telefon peribadinya yang digunakan oleh anak-anak di rumah.
Prince Syed berkata, beliau dan isteri ketika itu sedang menghadiri satu majlis rumah terbuka di Setia Alam tanpa membawa anak-anak, yang ditinggalkan bersama ibu beliau. Telefon peribadi yang tidak berkunci diberikan kepada anak-anak untuk menonton YouTube dan permainan, menyebabkan kemungkinan video lama dalam draf TikTok terbuka dan terpapar secara tidak sengaja.
“Tengah seronok tiba-tiba ada yang jumpa dan beritahu pasal video ni. Terkejut jadinya,” katanya.
Beliau memaklumkan kakaknya segera bergegas pulang ke rumah untuk menghentikan penyebaran video tersebut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Menurut Prince Syed, video tersebut merupakan rakaman lama, sekitar satu hingga dua tahun lepas, ketika isterinya masih berambut blond. Kini, isterinya sudah berambut hitam dan hanya mengunjungi salon Muslimah untuk menjaga batas aurat.
“Saya menjaga aurat isteri saya sentiasa. Saya bukan suami yang mahu membawa isteri ke lembah neraka,” katanya lagi yang juga menegaskan bahawa video tersebut merupakan koleksi peribadi yang disimpan sebagai kenangan.
Dalam pada itu, beliau berharap agar semua pihak tidak terus menyebarkan atau memviralkan video tersebut atas dasar menjaga maruah keluarga.








