Prince Syed dedah disihir rakan sepejabat, siap minta izin ibunya untuk jadi isteri - The Reporter

Prince Syed dedah disihir rakan sepejabat, siap minta izin ibunya untuk jadi isteri

Dalam sesebuah perkahwinan akan ada dugaan dan cabaran yang mematangkan sesebuah perhubungan. Dalam pada itu juga, ada sesetengah pasangan yang dicemburui oleh pihak ketiga yang berniat mahu merosakkan perkahwinan tersebut.

Perkara itu juga disedari oleh pempengaruh Prince Syed yang mendedahkan pernah menerima sihir pemisah selepas mendirikan rumah tangga bersama isterinya Fatin Syazwani Ishak lima tahun lalu.

Pada mulanya dia dan isteri tidak menyedari mereka terkena perbuatan itu namun mula tersedar apabila dimaklumkan oleh ahli keluarga.

Katanya lagi, perbuatan sihir tersebut telah mengeruhkan hubungannya suami isteri sedangkan semua tahu mereka merupakan pasangan yang rapat.

“Kita tak perasan, tapi keluarga sedar kami berubah sehinggalah memutuskan untuk berubat dan memang ada.

“Orang nak buat apa, tak mengapalah. Akan ada pembalasan nanti,” katanya.

Dia turut mendedahkan pelaku yang membuat perbuatan itu merupakan rakan sekerjanya di pejabat yang sudah dianggap seperti kakak.

“Dia siap jumpa ibu saya dan nyatakan hasrat untuk menjadi isteri saya,” katanya.

Bukan strategi pemasaran

Dalam pada itu, dia turut menafikan dakwaan kenyataan tersebut sebagai satu strategi pemasaran produknya dan menyatakan dia masih menerima benda-benda pelik di kedainya.

Sebelum ini Prince Syed mendedahkan menemui gumpalan rambut ketika membuat laksa di kedainya.

Sumber: Astro Gempak

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!