Presiden Iran, Ebrahim Raisi maut nahas helikopter terhempas, Israel nafi terlibat - The Reporter

Presiden Iran, Ebrahim Raisi maut nahas helikopter terhempas, Israel nafi terlibat

Sumber Gambar: Al Jazeera, SNN TV

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Presiden Iran Ebrahim Raisi, Menteri Luar dan beberapa pegawai terkorban dalam kemalangan helikopter. Helikopter yang dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan di barat laut Iran.

Menerusi satu laporan, tiada mangsa yang terselamat dalam insiden berkenaan.

Seorang pegawai kerajaan Iran memaklumkan bahawa helikopter yang hilang itu ditemui terbakar sepenuhnya.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran berkata, helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi, telah ditemui tetapi keadaannya ‘tidak baik’.

Laporan awal bahawa konvoi helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi melakukan pendaratan cemas atau terhempas di Timur Azerbaijan

https://twitter.com/Marchfoward/status/1792182777225572746

Helikopter Presiden itu turut dinaiki Imam Solat Jumaat Masjid Tabriz Seyyed Mohammad-Ali Al-Hashem dan Menteri Luar Iran, Hossein Ali Abdullahian.

Laporan awal daripada pasukan mencari dan menyelamat menunjukkan bahawa semua penumpang di dalam helikopter itu, terkorban dalam nahas itu.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran sebelum ini mengesahkan telah tiba di tapak nahas susulan dron milik Turki mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.

Insiden itu berlaku pada Ahad di Hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa di Wilayah Azerbaijan Timur ketika Raisi dalam perjalanan pulang dari satu majlis perasmian empangan bersama Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev.

Susulan insiden berkenaan juga, Kabinet Iran mengadakan mesyuarat tergempar.

https://twitter.com/Marchfoward/status/1792417408461975642

“Tempat duduk Ebrahim Raisi dan Hossein Ali Abdullahian diletakkan dengan kain hitam dan gambar mereka sebagai simbol,” tulis satu hantaran.

Beberapa komen dilihat menyatakan pihak Israel terlibat dalam nahas tersebut.

Bagaimanapun, satu kenyataan tidak rasmi menyatakan Israel tidak sama sekali terlibat dalam insiden berkenaan

“Keadaan cuaca yang teruk memang boleh menjadi cabaran besar bagi perjalanan udara, dan ia mungkin menyumbang kepada faktor kejadian tragis ini.

Sumber: Sinar Harian, Irfan,ynetnews

Total
0
Shares
Total
0
Share