Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa walaupun ada kemungkinan segelintir anggota polis khilaf atau terpaksa ketika mengawal rusuhan, pihak yang paling jelas bersalah tetaplah para perusuh yang mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan rakyat tidak berdosa menjadi mangsa.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau melawat mangsa cedera rusuhan demonstrasi di Jakarta minggu lalu yang kini dirawat di Hospital Polis (RS Polri), Jakarta Timur.
“Kadang ada yang khilaf atau terpaksa, tetapi yang benar-benar salah ialah mereka yang mencetuskan rusuhan sehingga rakyat jadi mangsa,” katanya ketika sidang media selepas lawatan tersebut.
Baca juga:
- Pekerja ditahan, didakwa bakar gudang di Ontario, California
- Tujuh anjing ‘hilang’ jadi tular, jalan lebih 17km pulang ke rumah
- Qatar isytihar pegawai Kedutaan Iran sebagai ‘Persona Non Grata’
Prabowo ziarah anggota yang terjejas
Dalam lawatan itu, Prabowo sempat menziarahi mangsa serta memberi sokongan moral kepada keluarga anggota keselamatan yang turut terkesan.
Beliau menegaskan bahawa sebagai Ketua Negara, adalah tanggungjawabnya untuk menghargai pengorbanan petugas yang berkhidmat siang dan malam menjaga keamanan negara, meskipun ada siasatan yang sedang berjalan terhadap petugas yang didakwa melakukan pelanggaran prosedur.
Prabowo turut mengingatkan orang ramai agar tidak melupakan hakikat bahawa ramai anggota polis sendiri mengalami kecederaan serius ketika berhadapan dengan perusuh dalam insiden itu.
Arahan kenaikan pangkat dan beri penghargaan
Sebagai bentuk penghargaan, Prabowo mengarahkan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo supaya memberikan kenaikan pangkat luar biasa kepada semua anggota polis yang tercedera ketika mengawal demonstrasi yang bertukar ganas.
Selain kenaikan pangkat, beliau juga mahu mangsa diberikan peluang pendidikan lanjutan dan sokongan penuh untuk keluarga mereka.
“Mereka bertugas mempertahankan negara dan rakyat. Justeru, saya arahkan semua dinaikkan pangkat dan diberi penghargaan sewajarnya,” tegas beliau.
Sumber: Antara News











