Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Media sosial hari ini ibarat pedang dua mata. Ramai yang seronok meluah isi hati tanpa berfikir panjang, daripada kisah rumah tangga, hal kerja sehinggalah isu tubuh badan sendiri.
Namun, bila perkongsian itu mula tular dan menjadi bahan berita, barulah muncul penyesalan. Media pula yang disalahkan, kononnya tidak sensitif atau tidak minta izin.
Sebenarnya, kita perlu jelas: apa sahaja yang dimuat naik di ruang awam media sosial adalah milik umum. Ia boleh dibaca, dikongsi dan diulas oleh sesiapa sahaja. Media hanya memetik apa yang sudah ditayangkan kepada khalayak. Maka, tidak wajar menyalahkan orang lain apabila gelombang reaksi tidak seperti yang diharapkan.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Tanggungjawab digital milik semua
Fenomena “post dulu, menyesal kemudian” ini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab digital. Sebelum tekan butang post, fikir kesannya, sanggupkah ia ditatap ratusan ribu mata atau diulang sebut bertahun-tahun? Jika tidak, gunakan sahaja fungsi ‘Only Me’ atau kongsi dengan rakan terdekat sahaja.
Media bukan musuh
Media bukanlah tempat melampiaskan marah, apatah lagi menanggung kesilapan orang lain. Peranan media ialah melapor dan memetik isu-isu yang sudah menjadi tatapan umum.
Apa yang lebih penting, masyarakat perlu belajar membezakan antara luahan peribadi yang patut disimpan dengan perkongsian yang sesuai untuk khalayak.
Akhirnya, jari kita sendiri yang menentukan. Sebelum salahkan orang lain, tanyalah dulu siapa yang menekan butang post.








