Polis temui 5 mayat tanpa identiti di kampus, pihak universiti swasta enggan beri kerjasama - The Reporter

Polis temui 5 mayat tanpa identiti di kampus, pihak universiti swasta enggan beri kerjasama

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Tular video di media sosial penemuan dua mayat yang telah membusuk dalam tangki air, menggemparkan warga media sosial.

Lapor media Indonesia, dua mayat tersebut ditemui di dalam tangki air yang terletak di tingkat sembilan, kampus Universiti Prima Indonesia (UNPRI), Kota Medan, Sumatera Utara.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Pesuruhjaya Teuku Fathir Mustafa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati video itu dirakam pada 7 Disember 2023.

Sepasukan pegawai dan anggota polis dikerahkan ke lokasi. Namun pihak UNPRI tidak membenarkan mereka masuk atas alasan tiada waran perintah penggeledahan daripada mahkamah. Seolah-olah cuba menghalang polis menjalankan siasatan.

Setelah beberapa ketika, polis dibenarkan masuk. Namun, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kawasan itu telah dibersihkan dan tangki air yang mengandungi dua mayat juga ‘hilang’.

Menurut Fathir, banyak ruang di bangunan itu dikunci. Ditambah dengan sikap pihak pengurusan yang tidak mahu memberi kerjasama membuatkan pihak polis sukar untuk menjalankan siasatan.

Pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati bukan hanya dua mayat yang ditemui, tetapi lima mayat ditemui di tingkat 15 bangunan UNPRI.

“Ya betul, ada lima mayat. Empat mayat lelaki dan seorang mayat wanita. Semuanya tanpa identiti.

“Kita sedang menunggu penjelasan daripada pihak UNPRI bagaimana lima mayat itu berada di bangunan mereka,” katanya.

Tiba-tiba 6 mahasiswa tampil mohon maaf

Ketika polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat tersebut, tampil enam lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai mahasiswa UNPRI.

Salah seorang lelaki itu berkata, video yang tular di media sosial berhubung penemuan dua mayat dalam tangki air itu adalah palsu.

“Melalui video verifikasi ini, kami mahasiswa UNPRI menyatakan bahawa, kami memohon maaf di atas penyebaran video tersebut.

“Benda di dalam video itu adalah manekin atau patung, bukannya mayat. Vdeo yang tular itu adalah palsu dan telah menimbulkan keresahan banyak pihak,” katanya.

Walaupun begitu, netizen mempertikaikan tindakan enam mahasiswa berkenaan yang secara tiba-tiba tampil memohon maaf. Sedangkan pihak polis sendiri telah mengesahkan mereka menemui lima mayat manusia tanpa identiti.

Sumber: Sindo News

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!