Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah ditawarkan kerjasama oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2014.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar a/l S. Muthuvelu, berkata siasatan itu dijalankan susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Baca juga:
- Polis siasat dakwaan Hadi pernah ditawar AS jatuhkan kerajaan BN
- Guru taska didenda RM800 sebabkan kecederaan kanak-kanak autistik
- Tun M jelaskan sebab hadir sambutan Hari Kebangsaan
Setakat ini, sebanyak 12 laporan polis telah diterima berkaitan isu itu, manakala 12 orang saksi telah dirakam percakapan.
Menurut beliau, rakaman percakapan Abdul Hadi akan diambil dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.
Dalam pada itu M Kumar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.
Masyarakat turut digesa menggunakan platform media sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.









