Susulan kes Tiktoker Indonesia, Mondy Tattoo telah dilapor dan disiasat, polis menasihatkan penyanyi, Caprice, tidak meneruskan hasratnya untuk memuat naik video pendedahan bahagian kedua dan ketiga di saluran YouTube miliknya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Caprice menerusi hantarannya di Instagram.
“Minta maaf semua. Untuk hormat siasatan Bukit Aman, kami dinasihatkan untuk tidak upload part 2 and part 3 of our podcast.
“Insya-Allah one day, the truth will be out,” katanya.
Semalam, pendakwah bebas, Ebit Lew telah melantik peguam terkemuka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Caprice dan Mondy.
Menurut Ebit, peguamnya, Dato’ Akberdin telah memfailkan saman fitnah terharap dua individu berkenaan di Mahkamah Shah Alam.
Dalam kes ini, polis mengesahkan Ebit turut disiasat atas dakwaan merogol selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh Mondy ke atasnya.