Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Polis Jharkhand telah memberikan pampasan sebanyak ₹10 lakh atau RM57K, kepada suami seorang wanita Sepanyol yang mendakwa telah diperkosa secara beramai-ramai di Dumka, India pada Jumaat lalu.
Menurut siasatan, mangsa mendakwa telah diperkosa oleh tujuh lelaki tidak dikenali semasa dia bersama suaminya dalam perjalanan ke Nepal, dari Bengal Barat.
Artikel berkaitan: Wanita Sepanyol dakwa diperkosa tujuh lelaki di hadapan suaminya di India
“Kami telah melakukan siasatan dengan cepat dan memberikan semua bantuan kepada pasangan berkenaan.
“Di bawah skim pampasan mangsa, kami telah memberikan mereka ₹10 lakh (RM57K). Selain itu, polis juga akan mencuba mempercepatkan perbicaraan dan sabitan terhadap tertuduh,” kata Timbalan Komioner, Anjaneyulu Dodde, semalam.
Pasangan suami isteri berkenaan terdahulu sedang berehat di dalam khemah, di kawasan terbiar di kampung Kurmahat sebelum ditimpa kejadian yang tidak diingini itu.
Dalam pada itu, suami mangsa mengucapkan terima kasih kepada polis atas “siasatan yang sangat cepat”.
Sementara itu, polis percaya hanya tujuh suspek terlibat dalam kes ini dan tiga daripadanya telah berjaya ditahan.
Bagaimanapun tindakan pihak polis India itu mengundang persepsi negatif orang ramai.
“Apa kena dengan pihak berkuasa ni? Beri pampasan tunai kepada mangsa, siap ambil gambar lagi? Tak hairanlah India menjadi bahan gelak ketawa negara lain,” kata netizen.
“Pegawai kerajaan yang tak peka dan tak cekap. Beri wang pampasan yang tidak seberapa kepada mangsa rogol di hadapan kamera,” tambah netizen lain.
Sumber: NDTV