KUALA LUMPUR – Seorang wanita memuat naik status di sebuah group di laman Facebook, mendakwa polis telah membuat sekatan jalan raya di TSB bagi tujuan mencari duit raya.
Dakwaan tidak berasas wanita itu telah dibaca oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, yang terus membuat laporan polis terhadapnya.
“Saya buat laporan polis ini untuk pihak PDRM mengambil tindakan terhadap wanita terbabit yang telah membuat tohmahan yang tidak berasas terharap anggota polis IPD Sungai Buloh yang PDRM yang menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak mengira bila-bila masa di kala masyarakat sedang bergembira menanti hari raya,” kata Inspektor Mohd Hafizullah Mohd Akhbar.
Semakan mendapati, individu terbabit telah menyahaktifkan akaun Facebooknya. – PIXEL MEDIA