Sekolah dari pagi sampai petang, KAFA sekali jalan
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna media sosial, Ainul Aqilah mencetuskan perdebatan hangat apabila mencadangkan agar sesi persekolahan rendah diubah kepada waktu penuh dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang, termasuk sekali dengan sesi KAFA. Cadangan itu turut mencadangkan aktiviti kerohanian seperti solat dhuha, solat zohor dan asar secara berjemaah, serta bacaan al-Ma’thurat setiap hari.
Menurutnya, perubahan ini boleh membantu kesihatan mental ibu bapa yang kini terpaksa berulang-alik menghantar dan mengambil anak beberapa kali sehari.
“Boleh bayang tak berapa banyak mental parents terjaga sebab tak perlu terkejar-kejar hantar balik sekolah, hantar KAFA? Parents pun tenang dapat kerja sampai petang.”

Baca juga:
- Polis nafi unsur pergaduhan dalam kes kematian Ejen Andy Adul
- MYDIN Prihatin bantu ringankan beban perbelanjaan Sathiya
- Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor
Murid juga manusia, bukan robot 9 jam
Namun, cadangan ini mendapat bantahan keras daripada ramai netizen. Ramai berpendapat bahawa murid sekolah rendah tidak patut dibebankan dengan aktiviti dari pagi hingga ke petang kerana mereka juga perlukan waktu bermain, berehat dan masa dengan keluarga.
“Kalau kau kerja pagi sampai petang pun dah penat dan stres, kau rasa anak kau boleh tahan duduk sekolah 9 jam? Baik hantar anak kat rumah anak yatim je,” kata seorang netizen
Manakala seorang guru pula mempertikaikan logik di sebalik cadangan itu.
“Mental parents terjaga? Mental cikgu siapa nak jaga? Kami urus 40-50 murid dalam satu kelas, pagi penuh kelas, petang pula kena buat latihan, mesyuarat dan uruskan program. Jangan harap semua beban dilonggokkan pada guru.”
Saranan alternatif
Ramai netizen mencadangkan ibu bapa yang mahukan sistem pendidikan menyeluruh dari pagi hingga petang seharusnya mempertimbangkan sekolah agama swasta seperti SRITI, yang memang menyediakan waktu persekolahan panjang serta memasukkan pengisian agama secara menyeluruh.
“SRITI contohnya ada dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Ada makan, solat jemaah, mathurat, KAFA… lengkap. Tapi yuran kena bayar la. Mampu atau tak, itu je.”
“Kamu pilih sekolah kerajaan, jadi ikutlah sistem yang dah ditetapkan. Jangan minta layanan khas hanya sebab nak jaga kesihatan mental sendiri.”
Namun, Ainulaqilah membalas dia sendiri menghantar anak ke sistem sekolah agama seperti itu, tetapi tetap mahu mencadangkan solusi kepada ibu bapa lain yang juga sedang bergelut dengan isu yang sama.
“Saya bukan minta untuk diri sendiri. Saya nampak struggle parents zaman sekarang. Kalau betul-betul ada bajet dan sokongan, ramai akan pilih sistem ni.”
Baca juga:
- Pengarah Animasi Ejen Ali, Andy Abdul Ghani meninggal dunia
- ‘Negara kamu sedang menuju ke neraka’ – Ucapan berapi Trump gegarkan PBB
- Pendakwaan: Mahkamah Rayuan terkhilaf ketika ketepikan sabitan Syed Saddiq
Perbincangan semakin panas
Perbincangan menjadi semakin hangat apabila ada netizen menyindir ibu bapa yang dilihat seolah-olah tidak mampu menguruskan anak-anak sendiri. Ada yang secara sinis menyatakan bahawa lebih baik tidak mempunyai anak langsung jika tidak sanggup menghadapi cabaran sebagai ibu bapa. Malah, ada juga yang mempertikaikan fungsi sekolah yang kini seakan-akan mahu dijadikan tempat penjagaan harian sepenuh masa.
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang cuba meredakan ketegangan dengan menyatakan bahawa cadangan asal hanyalah satu pandangan peribadi dan tidak bertujuan memaksa mana-mana pihak. Mereka berpandangan bahawa sistem bergilir antara guru sesi pagi dan petang, seperti yang diamalkan dalam KAFA, boleh menjadi penyelesaian seimbang jika dilaksanakan dengan perancangan yang baik.
Isu sistem atau isu pengurusan ibu bapa?
Pengurusan KAFA sebenarnya terletak di bawah Jabatan Agama Islam Negeri, bukannya di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah, terdapat sekolah-sekolah yang sudah pun mengamalkan rutin harian seperti solat berjemaah dan bacaan al-Ma’thurat pada waktu pagi.
Isu yang dibangkitkan bukanlah kelemahan sistem pendidikan, sebaliknya lebih kepada kelemahan individu dalam menguruskan anak-anak dan kerjaya secara berkesan.
Sumber: Threads Ainul Aqilah