'PMX dah banyak bantu Global Sumud Flotilla' | The Reporter

‘PMX dah banyak bantu Global Sumud Flotilla’

Akhi Fairuz dedah mesej PU Rahmat sebut PMX banyak bantu Global Sumud Flotilla.
Gambar: Facebook Rahmat Sumud Nusantara

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh dan penceramah bebas, Akhi Fairuz tampil mendedahkan perbualan peribadinya bersama PU Rahmat berhubung misi Global Sumud Flotilla yang kini menjadi tumpuan dunia.

Dalam satu pendedahan di media sosial, Akhi Fairuz menceritakan semula mesej awal yang dihantarnya kepada Rahmat ketika kapal Sumud Nusantara baru berlayar dari Sepanyol menuju ke Gaza.

“Masa awal-awal Rahmat Sumud Nusantara berlayar dari Sepanyol, aku ada whatsapp dia, ‘kau orang nanti melalui laut sekitar Tunisia, Libya, Mesir dan sampai bumi G kan?’,” dedah Akhi Fairuz.

Menurutnya, Rahmat membalas bahawa laluan yang diambil adalah laluan antarabangsa. Lalu, Fairuz mencadangkan agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, untuk memudahkan akses flotilla ke Gaza.

Namun jawapan yang diberikan oleh PU Rahmat sangat mengejutkan.

“Mesir Firaun, tak bagi laluan. Actually Anwar dah bantu banyak sangat. Serius padu PMX!” kata Rahmat, menurut pendedahan Akhi Fairuz.

Baca juga:
Jangan politikkan isu Gaza

Akhi Fairuz menambah, mesej PU Rahmat itu jelas menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia melalui PMX telah berusaha keras menyokong misi flotilla. Justeru, beliau kesal apabila masih ada pihak yang mempolitikkan isu kemanusiaan ini.

“Saya nak nasihatkan rakyat Malaysia agar beri sokongan penuh kepada sahabat-sahabat kita yang telah diculik Zionis, serta sokongan tak berbelah bahagi kepada kerajaan Malaysia khususnya PMX!

“Kenapa isu begini pun ada yang nak politikkan! Tak faham kenapa sampai tahap semua berita kecaman PMX terhadap Zion diklik emoji gelak! Tak suka Anwar tak apa, tapi ini soal kemanusiaan,” tegasnya lagi.

Related Posts