Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perjuangan membanteras rasuah bukan pilihan, tetapi satu kewajipan demi memulihkan kepercayaan rakyat, melindungi kepentingan awam dan mengembalikan maruah negara.
Berucap dalam International Conference on Governance and Integrity 2025, beliau berkata Malaysia komited untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan berasaskan tadbir urus yang telus serta berintegriti, seiring peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Baca juga:
- KPDN Kelantan siasat peniaga caj RM30 baiki kalkulator masuk air
- Pemandu e-hailing dihukum penjara sebulan, curi barangan keperluan harian
- Dihina dan dicemuh, anggota Bomba Sandakan kongsi situasi sebenar
Malaysia mahu jadi contoh kepada dunia
Malaysia meletakkan sasaran besar untuk berada dalam kedudukan 25 terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033. Sasaran ini digerakkan melalui pelaksanaan Strategi Anti-Rasuah Nasional yang lebih menyeluruh dan berfokus kepada keberkesanan.
Sebagai Presiden Perhimpunan International Anti-Corruption Academy (IACA) buat kali pertama, Perdana Menteri menyatakan komitmen Malaysia untuk menjadi contoh kepada dunia dalam memperkukuh integriti dan ketelusan pentadbiran.
Rasuah dalam kalangan elit perlu ditentang bersama
Perdana Menteri turut mengakui usaha membanteras rasuah tidak mudah, terutamanya apabila melibatkan golongan elit yang berkuasa. Namun, katanya, keberanian dan perpaduan semua pihak amat diperlukan agar usaha ini tidak goyah demi masa depan yang lebih adil dan bersih.
Beliau menyeru semua pihak termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum untuk bersama menolak budaya rasuah dan menjadikan integriti sebagai asas kepada setiap keputusan dan tindakan yang diambil.
Sumber: Instagram PM Anwar Ibrahim








