PM kecam keras tindakan Israel pintas Global Sumud Flotilla | The Reporter

PM kecam keras tindakan Israel pintas Global Sumud Flotilla

Perdana Menteri Malaysia kecam sekerasnya tindakan Israel pintas kapal Global Sumud Flotilla bawa bantuan kemanusiaan ke Gaza
Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas Global Sumud Flotilla yang membawa peserta antarabangsa termasuk rakyat Malaysia.

Menurut beliau, kapal-kapal tersebut membawa sukarelawan awam tanpa senjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk Gaza, namun tetap berdepan ugutan dan tindakan paksaan oleh rejim Zionis.

“Dengan menghalang misi kemanusiaan ini, Israel jelas menunjukkan penghinaan terhadap hak rakyat Palestin, malah menentang suara hati nurani dunia. Flotilla ini adalah lambang solidariti, kasih sayang dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang hidup dalam kepungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan mengikut undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya melibatkan keselamatan warganegara Malaysia.

“Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kami tidak akan membiarkan ia dikompromi sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Baca juga:

Beliau turut menambah, selagi rakyat Palestin terus dinafikan hak asasi dan aspirasi mereka, Malaysia akan berdiri teguh bersama mereka tanpa gentar.

“Kami tidak akan berhenti menuntut pengakhiran terhadap ketidakadilan dan perampasan yang telah membelenggu Palestin sejak sekian lama,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi hantaran di Sumud Nusantara melaporkan beberapa buah kapal GSF telah dipintas. Beberapa delegasi Malaysia berada dalam kapal berkenaan termasuk aktivis Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Farah Lee dan penyanyi Zizi Kirana.

Related Posts