Sinar Harian hari ini melaporkan lapan penduduk kampung mengalami gangguan misteri di mana pintu rumah mereka diketuk tetapi apabila diperiksa, tiada sesiapa yang kelihatan di luar pintu.
M Razali, 50, berkata, dia bersama 30 pemuda dari kampung lain menjalankan rondaan sebelum itu bergegas ke rumah penduduk terbabit selepas menerima aduan. Tetapi apabila tiba di lokasi kejadian, tiada sebarang penampakan.
Menurut Twitter Majalah Mastika, pernah berlaku kejadian di mana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan dan menurut Mastika, ia merupakan kisah benar.
TERINGAT kisah pada tahun 2001 di mana sebuah kampung diganggu ketukan pintu misteri. Ada jiran yang menjadi saksi. Apabila pintu diketuk, mereka jengah di tingkap. Tiada siapa tapi pintu itu masih diketuk.