Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pihak sekolah tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan seorang ibu yang memuat naik video memaparkan anaknya, seorang murid pendidikan khas, bergerak ke kantin sekolah dalam keadaan berlutut, yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Menurut Yang Dipertua (YDP) sekolah berkenaan, Jeehan Adam, kejadian tersebut berlaku apabila murid terbabit keluar dari kelas atas inisiatif sendiri kerana teruja melihat kehadiran ibunya di sekolah.
Katanya, murid berkenaan bukan ditinggalkan atau diabaikan, sebaliknya keluar secara spontan untuk menunjukkan kepada ibunya kawasan sekolah termasuk kantin dan rakan-rakan.
Baca juga:
- Ibu dedah anak OKU terpaksa berlutut ke kantin sekolah?
- Wanita persoal penjualan minuman keras secara terbuka di pasar raya
- Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen
Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan reverse walker tidak diamalkan di dalam kelas kerana susun atur bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah direka bagi memudahkan pergerakan murid tanpa alat bantuan tersebut.
Tambahnya, murid itu juga masih baharu bersekolah di sekolah berkenaan dan sedang melalui proses penyesuaian.
Mengulas lanjut, Jeehan berkata rakaman video yang tular itu telah mencetuskan salah faham sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah pihak sekolah dan guru mengabaikan kebajikan murid berkeperluan khas.

Menurutnya, dakwaan tersebut tidak adil memandangkan guru-guru PPKI sentiasa memantau dan menjaga murid di bawah tanggungjawab mereka.
Beliau turut meluahkan kekesalan apabila video pendek berkenaan menyebabkan guru-guru terpaksa memberikan penjelasan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), selain berdepan kecaman serta komen kasar netizen.
Pihak sekolah, katanya, berharap orang ramai mendapatkan konteks sebenar sebelum membuat sebarang andaian atau kecaman terbuka.











