Peserta 'ratu cantik' dikecam gara-gara mengkritik Malaysia sukar terima 'komuniti' mereka - The Reporter

Peserta ‘ratu cantik’ dikecam gara-gara mengkritik Malaysia sukar terima ‘komuniti’ mereka

Sumber Gambar: Media sosial

Seorang peserta yang dipercayai mewakili Malaysia dalam satu pertandingan ratu cantik dikecam gara-gara memburukkan nama Malaysia.

Katanya, sebagai salah seorang dalam komuniti LGBTQ, mereka seolah ditindas dalam negara sendiri.

Dia berkata demikian ketika memberikan ucapan dalam pertandingan tersebut.

“Berdirinya saya disini, bukan sekadar menayangkan ‘kecantikan’ dan siapa diri saya.

“Saya disini bersama komuniti untuk menyatakan di Malaysia sangat sukar untuk menjalani kehidupan (diskriminasi).

“Justeru itu, saya akan berjuang untuk dapatkan keadilan untuk komuniti kami kerana saya percaya komuniti LGBTQ adalah sangat istimewa di dunia,” katanya.

Dia juga mengajak penonton untuk bersama-samanya mengubah dunia, dari menyatakan perasaan benci kepada kasih sayang dan menentang diskriminasi.

Susulan itu, ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan di atas ucapan peserta terbabit.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!