Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan - The Reporter

Pesawat Latihan TUDM Terhempas Di Pekan

PEKAN – Sebuah pesawat latihan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas berhampiran sawah padi di Kampung Serum, tengah hari tadi, lapor Berita Harian. 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBAM) menerima panggilan kejadian pada jam 12.52 tengah hari tadi dan telah mengerahkan 11 anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyalamat Pekan ke lokasi kejadian. 

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pesawat yang memuatkan dua anggota latihan itu terhempas. Bagaimanapun kedua-duanya selamat, salah seorang daripadanya mengalami kecederaan patah kaki.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Markas Tentera Udara menjelaskan, pesawat Aermacchi MB339CM yang terhempas itu mengalami masalah teknikal.

“Sebuah pesawat Aermacchi MB339CM yang berpangkalan di Pangkalan Udara Kuantan telah mengalami masalah teknikal ketika membuat penerbangan latihan jam 12.54 tengah hari ini.

“Kedua-dua juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat apabila berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat,” kata kenyataan itu.

TUDM akan menubuhkan Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan tersebut. – PIXEL MEDIA

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!