ATHENS – Pesawat EgyptAir yang dilaporkan hilang dari radar dalam penerbangan dari Paris ke Cairo awal pagi Khamis, terhempas di lautan di kepulauan Greek, Karpathos, ruang udara Mesir, kata sumber penerbangan Greece kepada AFP.
“Sekitar jam 8.29 pagi waktu Malaysia, ketika pesawat itu berada di ruang udara Mesir, pesawat itu dilaporkan hilang dari radar. Pesawat itu terhempas di sekitar 130 batu nautika di selatan pulau Karpathos,” kata sumber.
Bot mencari dan menyelamat telah ditempatkan di sekitar 130 batu nautika, selatan pulau Karpathos bagi mengesan serpihan bangkai pesawat tersebut.
Menurut sumber, komunikasi terakhir dengan juruterbang pesawat adalah 3 minit sebelum pesawat itu dilaporkan hilang dari radar. Di waktu itu juga tiada sebarang panggilan kecemasan dari pesawat itu.
Pihak berkuasa Perancis bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu berkaitan dengan pihak pengganas atau tidak.
Kementerian Luar Malaysia mengesahkan tiada warganegara Malaysia yang berada dalam pesawat tersebut.
Kapal jenis Airbus A320 yang membawa 56 penumpang dan 10 anak kapal itu dilaporkan terbang pada ketinggian sekitar 37,000 kaki ketika kejadian. – PIXEL MEDIA