Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini tular mengenai isu pembedahan bariatrik isteri kepada pempengaruh dan usahawan Prince Syed, Fatin Syazwani sehingga mencetuskan perselisihan faham keluarga.
Ada yang mendakwa kesan daripada pembedahan itu menyebabkan Fatin dimasukkan ke hospital.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, Dr. Abdul Gafoor Abdul Mubarak, seorang pakar bedah bariatrik dan pembedahan umum terkemuka di Malaysia, memberikan penjelasan berhubung keadaan itu. Difahamkan, Fatin merupakan pesakit yang dirawat oleh Dr Gafoor atau lebih dikenali sebagai Dr G.
“Tiga minggu lepas, seorang pesakit datang untuk prosedur bariatrik. Kami telah melakukan semua pre-op assessment, semuanya okay dan operasi dijalankan. Selepas tiga minggu, keadaan pesakit baik.
“Namun, pada hari Sabtu lepas, kami menerima berita bahawa pesakit dimasukkan ke hospital kerana dehidrasi dan jangkitan kuman. Saya ingin menekankan beberapa perkara supaya orang tidak salah faham,” katanya.
Tiada kaitan dengan prosedur bariatrik
Dr. Abdul Gafoor menegaskan bahawa komplikasi ini tidak berkaitan dengan prosedur bariatrik, tetapi merupakan komplikasi yang boleh berlaku kepada mana-mana pesakit selepas pembedahan.
Beliau turut menjelaskan bahawa isu yang tular di media sosial melibatkan hal peribadi dan keluarga pesakit, dan bukan isu profesional atau berkaitan bidang perubatan.
Baca juga:
- Suami maut kemalangan ketika patah balik ambil susu anak
- Dua guru satu kelas mulai sesi 2027, KPM yakin PdP lebih interaktif & atasi keciciran
- ‘Pesakit masuk hospital dehidrasi & jangkitan kuman, bukan sebab bariatrik’ – Dr Gafoor
Nasihat buat pesakit
Sebagai panduan kepada pesakit bariatrik, Dr. Abdul Gafoor menasihatkan supaya pesakit sentiasa berinteraksi dengan admin dan dietician selepas menjalani operasi. Pesakit digalakkan menghubungi pihak berkenaan bila-bila masa untuk mendapatkan nasihat atau rawatan sekiranya menghadapi masalah. Beliau juga menekankan kepentingan mengikuti pelan pemakanan dan rawatan dengan rapi bagi memastikan pemulihan yang optimum.
“Info terkini yang saya terima, pesakit akan sihat insyaAllah, keluar dari HDU dan dipindahkan ke ward biasa, dan dijangka discaj dalam sehari dua. Pesakit akan sihat dan kurus seperti dijangkakan,” katanya.
Menerusi ruangkan komen dalam hantaran video berkenaan, Prince Syed dilihat meninggalkan komen menghargai jasa Dr G dan memaklumkan perkembangan isterinya.
“Dr G dah buat yang terbaik untuk urusan isteri saya . Isteri saya hydrate sahaja , dan keadaan dia sekarang sangat stabil dan baik sebab team Dr G dan hospital memudahkan urusan,” katanya.









