Mulai hari ini, pemegang lesen memandu Singapura boleh mohon BUDI95 melalui portal khas JPJ | The Reporter

Mulai hari ini, pemegang lesen memandu Singapura boleh mohon BUDI95 melalui portal khas JPJ

Nozel pam petrol berwarna kuning sedang dipegang oleh seorang pengguna di stesen minyak, melambangkan subsidi BUDI95.
Simbolik kepada pelaksanaan subsidi BUDI95 yang kini boleh dimohon oleh pemegang lesen Singapura melalui portal khas JPJ.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mulai hari ini, rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) boleh memohon subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) melalui portal khas yang disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JPJ dalam kenyataannya memaklumkan, permohonan boleh dibuat menerusi laman web www.BUDI95lesenSG.jpj.gov.my dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang memegang LMS sah serta mempunyai permit kerja aktif di Singapura.

Langkah ini dilaksanakan bagi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di republik itu, terutamanya mereka yang terpaksa menukar lesen Malaysia kepada lesen Singapura untuk memenuhi syarat pekerjaan, walaupun masih menetap dan memiliki kenderaan berdaftar di Malaysia.

Baca juga:

JPJ menjelaskan, semua permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) untuk penelitian dan pertimbangan lanjut. Pemohon boleh menyemak status masing-masing selepas 14 hari melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.

Sementara itu, warganegara yang tidak lagi bekerja di Singapura perlu membatalkan LMS mereka terlebih dahulu sebelum memohon semula c di mana-mana pejabat JPJ, selepas disahkan tiada sekatan atau sabitan oleh pihak berkuasa Singapura.

JPJ menegaskan, keputusan akhir bagi setiap permohonan terletak di bawah bidang kuasa MoF, manakala subsidi BUDI95 kekal hanya untuk kenderaan berdaftar di Malaysia.

Related Posts