Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Hajat nak mencari wanita untuk dijadikan isteri terbantut apabila wanita berkenaan indah khabar dari rupa. Berperwatakan baik, menutup aurat, rupa-rupanya melakukan perkara yang tidak disangka-sangka. Puas sudah diberi peluang oleh lelaki ini, namun si perempuan mensia-siakan peluang itu.
Kepada perempuan berkenaan, berubahlah segera. Jangan terus terjerumus ke dalam lembah maksiat sehingga suatu masa nanti kau menanggung derita dan dosa yang tidak terkira.
AKU ada cerita nak kongsi. Cerita tentang apa yang berlaku pada diri aku. Cerita panjang sebenarnya tetapi aku pendekkan.
Aku bersabar, aku tanya dia dengan baik. Dia beri alasan yang itu semua hanyalah kawan-kawan UiTM sahaja, siap bersumpah tuhan bagai. Tak apa, aku redha, manusia mana yang tak buat silap? Aku pun bukannya baik sangat. Mungkin kalau aku slow talk lagi, dia boleh berubah.
Sudah banyak kali aku beri dia peluang untuk ubah perangai tetapi dia ini memang jenis perempuan degil. Aku boleh terima dia ini walaupun dah tahu yang dia sebenarnya dah rosak. Yelah, dah sayang sangat kot. Ingat senang ke nak move on?
Kau bayangkan lagi beberapa minggu saja lagi nak bertunang. Kalau aku tak hack, aku tak tahu semua ini. Mati-mati aku ingat dia ini baik, yelah tengok dari luaran. Aku malas nak taip panjang-panjang, bukan korang baca habis pun kan?



























