Sekarang banyak pula viral kisah cinta tak menjadi, menjaga jodoh orang 9 tahun akhirnya berkahwin dengan orang lain atau bercinta 5 tahun tetapi bertunang dengan orang lain.
Senang cerita, jangan habiskan banyak duit ketika bercinta. Lelakilah yang selalu kena belanja perempuan. Kasihan lelaki. Haha! Mak sendiri pun kau tak belanja, sibuk nak belanja makwe makan seminggu dua kali. Ceit!!
Nah! Ikut tips jimat ketika bercinta ini.
1. Jangan bercinta lama sangat. Carilah calon pasangan yang hanya apabila kita sudah bersedia untuk berkahwin. Kalau target nak kahwin lagi 5 tahun, tak payah sibuk nak mengorat anak dara orang lain.
2. Semakin singkat masa bercinta, semakin kurang kemungkinan dapat dosa dan semakin kurang juga membazir duit dating di tempat hipster sana sini. Haha
3. Carilah calon pasangan yang juga setuju untuk tidka bercinta lama sebelum kahwin. Biarlah bercinta selama-lamanya selepas kahwin hingga ke syurga.
4. Elakkan bercinta dengan anak orang ada-ada yang acah-acah princess. Masa bercinta memang tidak boleh nak berjimat sebab maintenance tinggi. Nak kahwin nanti, lagilah. Faham-fahamlah sendiri.
Walk the talk! People will always ask this question, “How you guys me?”. So, this is our short story from Sept 2013 to Dec 2013.
September 2013:
Kawan yang saya percayai kenalkan saya dengan Nor. MAsa ini saya baru tahu kewujudan Nor. Dapat tengok gambar dan sedikit info sahaja. Saya di UKM Bangi, Nor di UKM Kuala Lumpur.
Oktober 2013:
Kali pertama kami berjumpa untuk sesi perkenalan. Kawan temankan. Ingat, kalau jumpa berdua, yang ketiga pastinya adalah syaitan dan iblis.
November 2013;
Kami bertunang secara ringkas. Cincin disarung tanda serius. Keluarga rapat sahaja yang tahu. Sengaja kami rahsiakan daripada kawan-kawan. Buat apa nak kecoh-kecoh kan?
Disember 2013:
Kami bernikah dan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah, kalau dah jodoh, Allah akan permudahkan serba serbi. Mohon doakan keluarga kami berada di bawah lembayung rahmat Ilahi. Amin.
Sebagai penutup, kalau kau baru kenal perempuan semalam tetapi hari ini dia dah suruh kau belanja top up, tinggalkan dia cepat-cepat. Itu bukan peremuan tetapi pisau cukur. Lelaki pun sama. Hahaha – Harith Faisal | PIXEL MEDIA