Penyampai Era FM mohon maaf, SKMM siasat video didakwa hina Thaipusam | The Reporter

Penyampai Era FM mohon maaf, SKMM siasat video didakwa hina Thaipusam

Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin memohon maaf dalam video yang dimuat naik di platform media sosial Era FM.
Penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin | Foto: Murai

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiga penyampai radio Era FM, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kecaman susulan tindakan mereka yang didakwa memperlekehkan perayaan Thaipusam dalam satu video tular.

Dalam video yang dimuat naik di platform media sosial Era FM, mereka mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada masyarakat India yang tersinggung dengan kandungan tersebut.

@gnesh2303

Shame On You ERA FM!!! ‼️ @ERA ‼️ Don’t Insult Other Deities‼️ The QuQuranBiBibleBhBhagavadGitad all other holy scriptures advises everyone to respect other religions by treating all people with kindness and tolerance and it also states that people should not abuse or make fun of anyone’s religious beliefs!!

♬ original sound – Ganesh – Ganesh

“Kami di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era baru-baru ini. Kami akui kesilapan ini dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan,” kata Nabil dalam video berkenaan.

Susulan insiden itu, Astro Audio memohon maaf dan mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ penyampai radio Era iaitu, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Terdahulu, klip video yang sudah dipadam itu menunjukkan seorang penyampai meniru gerakan tarian kavadi sambil melaungkan ‘Vel Vel’, disusuli gelak tawa. Tindakan itu mengundang kemarahan ramai, termasuk Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, yang menyifatkan ia sebagai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat isu ini. SKMM juga akan memanggil Astro serta pengurusan stesen radio terbabit bagi memberikan penjelasan penuh mengenai video berkenaan.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, menyeru tindakan diambil bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan sebarang penghinaan terhadap agama tidak berulang.

Related Posts