Penuntut universiti di Cyberjaya dilaporkan mati dibunuh | The Reporter

Penuntut universiti di Cyberjaya dilaporkan mati dibunuh

Seorang pelajar wanita berusia 20 tahun ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Cyberjaya.
Punca kematian mangsa disebabkan oleh hentakan kuat di kepala. Gambar hiasan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita berusia 20 tahun ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Cyberjaya. Polis mengklasifikasikan kematian penuntut sebuah universiti swasta itu sebagai kes bunuh berikutan kecederaan yang dialami mangsa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan insiden tersebut pada jam 10.28 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa, seorang pelajar perempuan di sebuah universiti tempatan berbangsa Sikh, telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk ke atas kediaman mangsa,” katanya.

Beliau berkata, keputusan awal bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh “blunt force trauma to the head” (kecederaan akibat hentakan kuat di kepala), dan tiada kesan kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan jenayah rogol.

Norhizam berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Related Posts