Penumpang ditahan selepas enggan menerima makanan sepanjang penerbangan - The Reporter

Penumpang ditahan selepas enggan menerima makanan sepanjang penerbangan

Penumpang enggan makanan
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Setiap pramugari bukan sahaja bertugas menyediakan makanan dan minuman, tetapi juga bertanggungjawab memastikan keselamatan penumpang. Dalam satu kejadian luar biasa, kru kabin penerbangan Indigo Airlines berjaya membantu membongkar cubaan penyeludupan emas selepas tiga penumpang menunjukkan tingkah laku mencurigakan sepanjang penerbangan dari Almaty, Uzbekistan ke Delhi, India.

Kejadian bermula apabila tiga penumpang terbabit dilaporkan duduk dalam keadaan terlalu senyap sepanjang penerbangan selama tiga setengah jam itu. Kru kabin yang curiga cuba menawarkan pelbagai hidangan dan minuman untuk menguji reaksi mereka, namun semuanya ditolak.

Kelakuan yang aneh ini menyebabkan kru kabin segera memaklumkan kapten pesawat, yang kemudiannya berhubung dengan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGI) di Delhi.

Setibanya di lapangan terbang, ketiga-tiga penumpang diperiksa bersama bagasi mereka menggunakan mesin sinar-X, namun tiada apa-apa yang mencurigakan ditemui. Walaupun begitu, pegawai kastam tetap tidak berpuas hati dan menjalankan pemeriksaan lebih lanjut menggunakan alat pengesan logam.

Hasil pemeriksaan yang lebih teliti akhirnya membongkar tindakan berani mereka. Setelah disoal siasat secara berasingan, semua suspek mengaku menyembunyikan emas dalam badan mereka. Pegawai Kastam berjaya menemui sejumlah 439 gram emas dalam bentuk lapan kepingan yang diseludup melalui cara tersebut.

Ketiga-tiga penumpang terbabit kemudian ditahan serta-merta dan didakwa mengikut undang-undang pihak berkuasa tempatan.

Kes kedua di lapangan terbang sama

Dalam insiden berasingan di lapangan terbang yang sama, seorang lagi penumpang dari Indore ke New Delhi turut ditahan selepas bagasinya dikesan mencurigakan. Pemeriksaan mendapati terdapat hampir 999 gram emas di dalam beg tersebut, dengan nilai dianggarkan sekitar $86,000 (RM400,000).

Cubaan penyeludupan emas ini menunjukkan betapa kreatifnya taktik yang digunakan oleh penyeludup, namun langkah pantas kru kabin dan pegawai kastam telah berjaya menggagalkan usaha tersebut. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!