Beli Boeing membazir?
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Betul ke beli Boeing tu merugikan negara dan membazir? Mari saya bagi contoh yang mudah.
Isham beli motosikal. Motosikal itu dia simpan di rumah dan tidak digunakan langsung. Inilah contoh pembelian yang membazir.
Jali pula membeli motosikal yang sama. Motosikal itu dia guna untuk pergi kerja. Selepas waktu kerja, dia guna motosikal itu buat part time delivery. Inilah contoh pembelian yang tak membazir.
Beli untuk guna, bukan peram
Agak-agaknya pembelian Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) ini masuk dalam kategori membazir atau tidak? Adakah selepas membeli kapal terbang itu MAG akan peram kapal terbang di terminal dan langsung tidak digunakan ataupun akan digunakan untuk mengangkut penumpang? Penumpang itu pula dikenakan caj tiket untuk menjana keuntungan.

Jadi, membazir atau tidak MAG membeli kapal terbang ini? Mengapa MAG nak beli kapal terbang baharu? Kapal terbang lama kan dah ada.
- Satu, kapal terbang lama ini satu hari nanti akan digantikan juga.
- Dua, pertambahan penerbangan untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Perlu tempah awal, siap 2030
You all tahu tak, kalau order kapal terbang Boeing tahun ini, delivery paling awal cuma dapat menjelang 2030. Jadi, MAG kena buat perancangan awal untuk ganti kapal terbang lama.

Orang nak beli kereta pun ada yang kena tunggu sampai lebih setahun kalau model itu hot. Itu kereta ya yang ada banyak supplier. Inikan pula beli kapal terbang yang cuma ada dua major supplier iaitu Boeing dan Airbus. Lagilah kena order awal nak pastikan boleh dapat kapal terbang ini in time.
Takkan nak tunggu sampai kapal terbang itu dah uzur, dah tak boleh terbang baru nak terhegeh-hegeh cari kapal terbang yang baru.
Tukar kapal lama, tambah penerbangan
Itu baru part nak ganti kapal terbang lama, belum masuk part nak besarkan fleet. Cuba tengok graf penumpang kapal terbang di Malaysia. Nampak tak peningkatan dia macam mana?

Bila penumpang semakin meningkat, MAG kena tambah kapal terbang untuk menampung permintaan yang semakin tinggi. Kalau tidak, penumpang akan guna syarikat penerbangan lain. MAG pun terlepaslah peluang nak menambah keuntungan. Jadi, kenalah beli kapal terbang yang baharu.
Bukan guna duit kerajaan

Satu komen yang tak betul, yang beli kapal terbang ini MAG, bukan kerajaan. MAG sebelum beli kapal terbang, dia dah kira awal-awal nak beli ini untung ke rugi. Kalau tak untung, dia tak beli.
Beli kapal terbang ini investment untuk MAG jana pendapatan macam contoh di Jali beli motosikal itu. Jadi, apa kena-mengena dengan cukai pula?
Data pembelian bantu runding tarif AS
Berbalik kepada tarif, apa kaitan semua pembelian ini dengan penurunan tarif? Antara punca Amerika Syarikat kenakan tarif ialah kerana Malaysia ada surplus atau lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat (AS). Maksudnya, kiat jual lebih banyak barang ke AS tapi kurang membeli daripada mereka. Jadi, tujuan kita senaraikan pembelian ini adalah unttuk menunjukkan kepada AS kita pun sebenarnya banyak juga membeli daripada mereka.
Apa yang kita buat? Kita dapatkan senarai perancangan pembelian dari pelbagai syarikat. Kita tanya syarikat A, syarikat B, syarikat C apa barang yang you all sedang beli atau rancang untuk beli daripada AS. Jadi, MAG dan syarikat-syarikat lain memberi senarai mereka dan senarai ini kita tunjuk kepada AS.
Tengok ni, Malaysia rancang beli x bilion untuk semikonduktor, y bilion untuk LNG, z bilion untuk kapal terbang. Banyak kan? Jadi, bila AS tengok kita memang ada perancangan nak membeli banyak barang daripada mereka, mereka pun kata, “Eh banyak juga barang you all nak beli dari AS. Okey, boleh consider nak turun tarif.”.

Kita ambil contoh pembelian Boeing ini, pada bulan Mac lagi MAG dah umum pembelian 30 Boeing dengan option tambahan 30 lagi pesawat Boeing. Ini bulan Mac tau, masa itu Trump belum kenakan tarif lagi. Jadi, MAG beli bukan pasal tarif, tetapi pasal dia ada keperluan untuk menambah pesawat. Jadi, kena faham pembelian ini semuanya syarikat dah rancang tapi kita ambil kesempatan untuk menggunakan data ini dalam rundingan tarif.
Malaysia ada kilang Boeing sendiri

Satu lagi fakta yang ramai orang tak tahu. Malaysia mempunyai satu-satunya kilang yang dimiliki penuh oleh Boeing di Asia Tenggara iaitu, kilang Boeing Composites Malaysia (BCM). Di sinilah komponen-komponen penting pesawat Boeing dihasilkan oleh lebih 1,000 pekerja, 100 peratus anak tempatan kita sendiri.
Selain BCM, banyak juga syarikat lain di Malaysia yang menghasilkan komponen untuk Boeing. Baru-baru ini, Jepun, Emiriyah Arab Bersatu, Indonesia, Kemboja, Bangladesh, Vietnam dan banyak negara lain dah umumkan pembelian pesawat Boeing. Sudah tentu BCM kena tingkatkan pengeluaran untuk memenuhi semua tempahan ini.
Industri aeroangkasa RM25 bilion setahun
Tahun lepas, pendapatan sektor aeroangkasa kita sudah mencecah RM25.1 bilion. Dengan peningkatan mendadak tempahan Boeing ini, eksport aeroangkasa kita insha-Allah akan melonjak juga.
Staf BCM confirm dapat banyak overtime. Lepas ini, mana tahu mungkin Boeing akan besarkan lagi kilang dan menambah pekerja. Dari 1,000 anak Malaysia, mungkin lepas ini menjadi 1,500 atau 2,000 pekerja tempatan.
Ayuh kita semarakkan Industri Aeroangkasa Tempatan!
Tengku Zafrul Abdul Aziz
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)








