Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun Ini - The Reporter

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas RM500 13 Jun Ini

PUTRAJAYA – Pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam akan dibuat pada 13 Jun ini sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas RM250 juga akan turut diberi kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka. 
Pembayaran bantuan khas itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion. 
“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016,” katanya. 
Penjawat awam juga akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai depan yang melibatkan implikasi kewangan RM1.1 bilion. – BERNAMA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!