Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan, termasuk Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 26 Julai ini.
Beliau menegaskan bahawa tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara, khususnya Kesetiaan kepada Raja dan Negara, yang menjadi pegangan utama semua penjawat awam.
“Mereka penjawat awam, mana boleh turun. Setiap hari, setiap minggu kita baca ikrar, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, lupakah? Terima kasihlah kepada Raja dan Negara,” katanya.
Baca juga:
- Pramugara Hafeez dilaporkan kritikal
- Guna aplikasi navigasi, lima warga China cedera kereta terjunam ke gaung di Machang
- Dari LRT2 ke LRT3, legasi seorang bapa diteruskan anak
Sebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai himpunan itu.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa PDRM akan membantu memudah cara penganjuran himpunan itu di ibu negara.
Beliau turut memberi jaminan bahawa kawalan keselamatan akan dikendalikan secara profesional, namun semua pihak yang terlibat diingatkan agar mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sumber: Astro Awani








