Penjara 3 bulan, denda RM1,000 jika ingkar larangan berbasikal di lebuhraya – PDRM

Sukan berbasikal sudah menjadi trending dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Namun begitu, jika diperhatikan, kebanyakan penunggang
basikal seperti tidak mengendahkan peraturan dan juga keselamatan di jalan raya.

Pelbagai kes sudah dilaporkan mengenai sikap penunggang
basikal sehingga hampir menjadi punca kemalangan. Seperti tiada
tempat khas untuk mereka menjalankan aktiviti tersebut, lebuhraya pula dijadikan sebagai medan untuk melakukan aktiviti itu.

Isu ini sudah pastinya menarik perhatian dari
pihak berkuasa berikutan orang ramai mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan golongan berkenaan. Sehingga ada yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan menggenakan denda pada kadar yang tinggi agar menjadi pengajaran buat mereka. 

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengumumkan larangan berbasikal
di lebuhraya. Mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut, bakal dikenakan
hukuman.

“Ingkar larangan berbasikal di lebuhraya, penunggang
boleh didenda sehingga RM1,000.

“Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin
diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan
larangan berbasikal di lebuhraya.

“Sekiranya anda ingkar larangan tersebut, tindakan boleh
diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau
menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

“Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan
tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan
atau kedua-duanya,” kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi PDRM hari ini. 

Ramai netizen yang bersetuju dengan ketegasan PDRM itu dan berharap isu ini dapat diselesaikan segera kerana ia membabitkan keselamatan nyawa sama ada penunggang basikal mahupun pengguna jalan raya lain. 

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Total
0
Shares
Related Posts