'Penjaja tolong jangan jual makanan ringan di depan sekolah' - Ibu bapa kesal masih ada penjaja ingkar larangan - The Reporter

‘Penjaja tolong jangan jual makanan ringan di depan sekolah’ – Ibu bapa kesal masih ada penjaja ingkar larangan

Larangan menjaja di depan kawasan sekolah adalah satu dasar yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa pendidikan dalam usaha untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan murid-murid.

Secara dasarnya, penjualan makanan dan minuman di dalam lingkungan 40 meter dari pagar sekeliling sekolah adalah dilarang bagi semua premis makanan termasuk penjaja
statik, penjaja beredar dan penjaja sementara.

Dasar ini bertujuan untuk mengelakkan murid-murid daripada terdedah kepada makanan tidak sihat yang dijual oleh penjaja tidak berlesen.

Namun, masih terdapat peniaga yang tidak memikirkan kesan tersebut. Sebaliknya, mereka tanpa rasa bersalah, masih menjual makanan ringan, jajan atau makanan viral buat tarikan pelajar.

Beberapa keluhan ibu bapa juga menyuarakan tentang isu ini.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap peniaga yang tidak mementingkan pemakanan sihat pelajar. Katanya, anaknya telah membeli satu cawan mi segera yang disangkakan wanita ini adalah air minuman. Lantaran itu, dia menyeru kepada peniaga agar tidak menjual makanan sebegini untuk tarikan pelajar.

Dalam perkongsian lain pula, dilihat seorang wanita berkongsikan jualan makanan viral ‘jelly ball’ di luar sekolah. Ada yang memuji cara wanita ini berniaga dan memikat hati pelajar.

Walaupun mendapat keutungan yang berbaloi, tanpa disedari makanan tersebut bukan dikategorikan sebagai makanan sihat. Justeru itu, netizen meminta pemantauan lebih daripada pihak berkuasa dan juga sekolah.

Sumber: Media Sosial

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!