Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap membantu golongan yang memerlukan, lebih-lebih lagi ketika ini ramai yang menjadi mangsa musibah banjir.
Beberapa hantaran tular juga dapat dilihat pelbagai barangan keperluan yang diperlukan mangsa banjir disumbangkan oleh orang ramai.
Keprihatinan pempengaruh Khairul Aming, pasukan dan juga sukarelawan turut dipuji ramai membantu mangsa banjir di negeri Kelantan.
Sikap mereka juga telah menarik perhatian Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang membenarkan Khairul Aming dan pasukannya mengambil apa sahaja barangan di Mydin untuk keperluan mangsa banjir dan hanya perlu menjelaskan segala pembayaran selepas banjir.
Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian Khairul Aming juga memaklumkan seorang peniaga telah menginfakkan shawarma kepada sukarelawan mangsa banjir.
“Hari ni ada peniaga infakkan shawarma untuk volunteers. Dia cakap ini untuk arwah makcik dia yang syahid tiga hari lepas kat Gaza sebab kelaparan dan kesejukan. Al-fatihah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Khairul Aming turut memaklumkan hari ini (Rabu) merupakan hari terakhir misi banjir di Kelantan.
