'Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai serbaneka' - Menteri | The Reporter

‘Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai serbaneka’ – Menteri

Sumber Gambar: Stesen Minyak – Koperasi Kejora

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kerajaan bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak untuk mengambil pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan dan pencucian di kafe dan kedai serbaneka stesen minyak.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada keperluan untuk menambah jumlah pekerja asing tetapi sebaliknya akan diadakan secara mekanisme pertukaran majikan.

Jelasnya, sejak tahun 1995 kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing bagi sektor berkenaan namun disebabkan evolusi stesen minyak yang kini mempunyai kedai, kafe dan perkhidmatan lain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mencadangkan agar membenarkan semula penggajian pekerja asing oleh pengusaha stesen minyak bagi tujuan perkhidmatan pencucian, pembersihan dan sebagainya.

“Evolusi berlaku dari 1995 hingga sekarang dengan stesen minyak juga mempunyai kedai dan kafe serta perkhidmatan-perkhidmatan lain. Kerana itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai agensi kawal selia bagi sektor itu, hari ini mengemukakan satu cadangan supaya membenarkan semula penggajian pekerja asing

“Namun ia tidak akan membabitkan penambahan kuota tambahan. Sekarang kita ada lebih kurang 4,000 stesen minyak di seluruh negara dan keperluan pekerja asing ini adalah lebih kurang 40,000. Jadi dalam sektor ini ia adalah segmen pekerja asing selain adanya pekerja tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkan pembekuan bagi permohonan kuota penggajian pekerja asing akan terus dikekalkan sehingga tahun depan.

Jelasnya juga, jawatankuasa turut memutuskan keputusan itu akan dinilai semula pada suku pertama tahun hadapan, berdasarkan data-data baharu yang diperoleh daripada Menteri Ekonomi.

Sumber: Berita Harian

Related Posts