Pengurusan masjid mohon maaf, laung azan Maghrib 4 minit awal | The Reporter

Pengurusan masjid mohon maaf, laung azan Maghrib 4 minit awal

Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pihak pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib seawal empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, kesilapan itu berlaku disebabkan masalah teknikal.

Oleh yang demikian, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari masjid berkenaan untuk berbuka puasa perlu menggantikan puasa.

“Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Prima Saujana, Kajang memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib empat minit sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac disebabkan masalah teknikal,” katanya.

Katanya, perkara berkenaan turut dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

“Kami telah merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

“Dan dimaklumkan, jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari tersebut, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti/diqadha’,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts