Pengedar dakwa filem Anwar : The Untold Story disabotaj pada hari ketiga tayangan - The Reporter

Pengedar dakwa filem Anwar : The Untold Story disabotaj pada hari ketiga tayangan

Pengedar filem mendakwa, filem Anwar: The Untold Story terbitan Yusrych Global Sdn Bhd telah disabotaj oleh sesetengah pawagam tanah air.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Hari pertama filem biopik, Anwar: The Untold Story dilaporkan berjaya meraih kutipan RM1 juta pada 18 Mei lalu.

Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, pihaknya tidak menyangka kebanyakan pawagam di seluruh Malaysia penuh pada hari pertama tayangan.

Bagaimanapun semalam, beliau mendakwa filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran DMY Creation itu telah disabotaj oleh sesetengah pawagam tanah air.

“Saya kesal filem Anwar: The Untold Story disabotaj oleh pihak pawagam. Lebih mengecewakan, ada pawagam yang menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa, namun hanya memberikan empat slot untuk naskah ini.

“Ini adalah tindakan tidak adil, filem ini sedang mendapat perhatian ramai ketika ini.

“Ramai penonton membuat aduan tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan. Jadi kami bertindak membuat aduan kepada pihak pawagam. Namun keadaan masih sama pada hari ketiga tayangan.

“Justeru kami tidak boleh mendiamkan diri dan memilih untuk bersuara,” katanya.

Mohamed Yusoff menggesa pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) memantau perkara itu agar layanan filem tempatan dan antarabangsa diberikan sama rata.

Filem Anwar: The Untold Story adalah filem yang mengisahkan perjuangan Anwar Ibrahim berlatarkan masa antara tahun 1993 hingga 1998 berdurasi 108 minit, yang dilakonkan semula oleh Farid Kamil dan Acha Septriasa.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!