Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
SEOUL, KOREA SELATAN – Seorang pengawal keselamatan berusia 30-an tergamak memukul dan menanam seekor kucing yang masih hidup tanpa diketahui puncanya, mencetuskan kemarahan netizen seluruh dunia.
Ekoran video viral itu, polis Dongdaemun menerima banyak aduan mengenai kejadian tersebut dan meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.
Menurut sumber, lelaki terbabit akan didakwa di bawah Akta Pelindungan Haiwan kerana telah menanam haiwan berkenaan tanpa mengira haiwan itu masih bernyawa.
Selain itu, Yihansol juga melancarkan petisyen yang menuntut pelakunya dikenakan tindakan tegas di atas perbuatannya membunuh kucing tersebut. – The Reporter











