Selepas Gaza & Iran, Qatar pula jadi sasaran Israel? | The Reporter

Selepas Gaza & Iran, Qatar pula jadi sasaran Israel?

Netanyahu di hadapan latar langit Doha, Qatar
Netanyahu kini dikaitkan dengan serangan propaganda terhadap Qatar selepas konflik berpanjangan di Gaza dan Iran | Kredit gambar: Smart City World, Benjamin Netanyahu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


• Artikel pro-Israel melabel Qatar sebagai ‘musuh sebenar’ hanya kerana kuasa media dan pendidikan
• Al Jazeera dituduh sebagai alat propaganda kerana laporannya tidak menyebelahi Israel
• Penulis gesa Israel cipta saluran media sendiri, tekan ekonomi Qatar dan tarik pengaruh tentera AS

Israel mungkin menang dari segi senjata, tetapi apabila gagal mengawal persepsi dunia dan kini mereka memilih sasaran baharu iaitu Qatar.

Dalam satu artikel bertajuk ‘Qatar: Musuh Sebenar Israel Seterusnya Selepas Iran’, penulis pro-Israel, Elazar Gabay, mendakwa Qatar sebagai ancaman paling berbahaya. Bukan kerana peluru atau senjata, tetapi kerana kekuatan pengaruh seperti media, pendidikan dan hubungan diplomatik yang tidak memihak kepada Israel.

Bila media bebas dianggap musuh

Elazar berkata, “Musuh Israel yang paling berbahaya hari ini bukan membawa peluru berpandu. Mereka memakai sut, menganjurkan sidang antarabangsa, membiayai universiti elit dan memiliki salah satu mesin media paling berkuasa di dunia. Musuh itu ialah Qatar.”

Kenyataan ini dilihat sebagai usaha menyemai ketakutan terhadap pengaruh Qatar yang semakin diterima dunia, terutamanya melalui saluran berita Al Jazeera yang sering melaporkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Al Jazeera dituduh hanya kerana mendedahkan realiti

Tanpa berselindung, artikel itu turut menyerang Al Jazeera, menggambarkannya sebagai alat propaganda.

“Al Jazeera bukanlah media neutral, ia adalah alat propaganda tajaan negara yang menyamar sebagai wartawan bebas,” dakwa Elazar.

Hakikatnya, Al Jazeera telah menjadi antara saluran paling lantang dalam melaporkan penderitaan rakyat Palestin, pencerobohan haram dan polisi berat sebelah Israel di peringkat antarabangsa, sesuatu yang dilihat sangat tidak disenangi oleh Tel Aviv.

Bila kebenaran tak memihak, Israel mahu cipta naratif sendiri

Dalam usaha melawan naratif yang tidak menyebelahi mereka, Elazar mencadangkan agar Israel membangunkan ‘mesin media’ sendiri:

  • Tubuh saluran berita tandingan seperti RT (Rusia) atau CGTN (China), tetapi versi Zionis.
  • Gunakan tenaga bersih untuk menyaingi Qatar, seolah-olah pengaruh ekonomi Qatar melalui LNG adalah ancaman kepada kestabilan Israel.
  • Desak AS pindah pangkalan tentera dari Qatar ke Israel sebagai langkah untuk Israel memonopoli pengaruh dan kepercayaan sekutunya sepenuhnya.

‘Pulaukan’ Qatar di peringkat serantau

Elazar turut menyeru agar Qatar disisihkan daripada pakatan negara Teluk hanya kerana ia berani mengambil pendirian yang berbeza dan menyokong suara rakyat tertindas.

“Sebuah rantau Teluk yang berpaksikan keamanan dan pembangunan tidak memerlukan rejim yang menaja Hamas dan menyebarkan kebencian terhadap Israel dengan menyamar sebagai laporan berita,” katanya.

Kenyataan ini menunjukkan bagaimana Israel dan sekutunya masih tidak dapat menerima media yang melaporkan kebenaran dari sudut mangsa, bukan penjajah.

Related Posts