Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengarah animasi terkenal, Andy Abdul Ghani, yang juga antara individu penting di sebalik kejayaan siri Ejen Ali, dilaporkan meninggal dunia dalam satu insiden di Sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah.
Menurut laporan mStar, ketika kejadian Andy bersama isterinya dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu. Kereta yang dipandu isterinya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.
Andy kemudian bertindak keluar dari kenderaan tersebut dan dilaporkan terjun ke dalam sungai sebelum ditemukan meninggal dunia sekitar jam 11.25 pagi tadi.
Terdahulu, Andy dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas dia terjun dari atas jambatan di kawasan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pihaknya pada petang Selasa.
“Mangsa ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang,” katanya.
Baca juga:
- Ammar Ahyan wakili ibu bapa serah zakat RM900,000 kepada Lembaga Zakat Selangor
- Trump janji halang Israel rampas wilayah Tebing Barat
- Bapa pelajar IKBN Miri tolak tindakan undang-undang – Polis
Berita duka itu turut disahkan oleh syarikat Wau Animation Sdn Bhd yang berkongsi rasa kehilangan terhadap pemergian Allahyarham.
Difahamkan, Andy baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu, malah dia juga sempat memuat naik gambar perkahwinannya di Facebook dan menerima ucapan tahniah daripada rakan serta peminat.