Tular satu video yang merakamkan majlis pernikahan pengantin di Indonesia yang menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin.
“Saya nikahkah dan kahwinkan kamu dengan anak kandung saya Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” kata bapa pengantin.
Rakaman itu mengundang perspektif netizen yang mempersoalkan hukum pernikahan tersebut adakah sah atau tidak.
Susulan itu juga, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata,cara itu juga bercanggah dengan hukum syarak.
Pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Sumber: Coldplay Indonesia, Sinar Harian, Kosmo! Online