Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kumpulan 4U2C bakal mengadakan konsert WE 4U2C Live in Concert anjuran Juss Event yang akan diadakan di Petaling Jaya, September depan.
Namun, belum sempat konsert berlangsung, timbul beberapa dakwaan daripada komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap mendakwa hak cipta lagu kumpulan 4U2C adalah milik mereka
Memetik laporan Berita Harian, pasangan berkenaan mengatakan mereka tidak dimaklumkan mengenai konsert tersebut dan bakal mempertimbang untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan 4U2C termasuk pihak berkaitan dalam penganjuran tersebut.
Mengulas isu ini, penyanyi terkenal, Datuk M Nasir menyatakan isu ini perlu dibuat perbincangan disebabkan masing-masing mempunyai hak ke atas lagu-lagu berkenaan.
“Pencipta lagu dia ada hak yang kuat untuk lagu-lagu dia. Orang yang merakamkan lagu pun ada hak dia. Biarlah (perbincangan) berjalan dulu.
“Penganjur tidak ada hak terhadap lagu. Jadi, pencipta lagu mempunyai hak yang kuat terhadap lagu,” katanya.
Beliau berkata, penyanyi perlu berurusan mengikut saluran yang betul seperti Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) dan rundingan boleh dilakukan dengan pencipta lagu sehingga mendapat keizinan.
“Penyanyi kena berurusan dengan pencipta lagu atau secara kebiasaannya, dia tak perlu berurusan, tapi melalui MACP. Yang penting, dibayar.
“Tapi, kalau pencipta lagu tak beri izin dia main, dia ada hak juga berbuat begitu,” katanya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro