‘Penampilan saya beri impak kepada penonton’ – Aina Abdul dah lali dikecam netizen

Aina Abdul sudah lali dengan kecaman netizen. Apa yang penting, penampilan dan imejnya memberi impak kepada penonton

Penampilan penyanyi Aina Abdul sebagai juri tetap di program realiti Big Stage pada minggu kedua, mengundang kritikan dan kecaman netizen di media sosial.

Aina bagaimanapun tidak peduli dan mengatakan dia sudah lali dengan kecaman netizen dan menganggap dirinya seperti baju kalis peluru.

Menurut Aina, walaupun sebagai juri, adalah penting untuk dia tampil dengan penampilan yang memberi impak kepada penonton.

“Sebagai juri, saya hanya duduk. Sebab itu penampilan dan imej saya penting untuk memberi impak kepada penonton.

“Bila saya mencuba turban itu, saya percaya bukan saja netizen, malah penerbit program pun akan kecam dan sebab itu kami potong sedikit.

“Saya akui turban yang digayakan itu berat kerana selepas persembahan peserta kelapan, saya mula berasa tidak selesa dan sakit kepala,” katanya.

Jelas Aina, dia dan penata gayanya sememangnya akan berbincang untuk imej yang akan ditampilkan. Apatah lagi penata gayanya jenis yang gila-gila dan dia pula suka berkarya.

Mereka juga banyak mengambil inspirasi daripada model dari Afrika Selatan, Nigeria dan Sudan yang dianggap unik dan menarik.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!