Pemandu SUV Mercedes mengaku tak bersalah langgar lari penunggang motosikal - The Reporter

Pemandu SUV Mercedes mengaku tak bersalah langgar lari penunggang motosikal

Pemandu SUV Mercedes Benz GLE450
Sumber foto bulatan : Harian Metro (Hairul Anuar Rahim)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pemandu SUV Mercedes Benz GLE450, Sum Kah Fei, 34, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal parah sebelum kenderaannya terbakar di Kilometer 18.1 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE), berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju, Ahad lalu.

Mengikut pertuduhan, peniaga terbabit didakwa memandu secara melulu sehingga melanggar motosikal yang ditunggang Muhammad Nur Faiz Saini, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Tertuduh juga didakwa gagal menghentikan kenderaannya selepas kemalangan itu berlaku.

Kesalahan dilakukan pada jam 12.35 tengah hari, Ahad lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara, denda serta hilang kelayakan lesen memandu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hannif Ahjiman mencadangkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Quek Kia Ping yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya sedang menghadapi masalah perniagaan dan perlu menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Februari 2025 untuk serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!