Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pemandu Lamborghini, Anthony Aquilino, telah disaman oleh Majlis Bandaraya New York kerana didakwa melakukan pencemaran bunyi dengan kereta mewahnya, Lamborghini Huracan Performante.
Kereta tersebut, yang bernilai sekitar RM1.36 juta, dikenakan saman sebanyak RM3,475 kerana menghasilkan bunyi yang kuat.
Aquilino tidak berpuas hati dengan saman tersebut dan telah memfailkan saman balas terhadap Majlis Bandaraya New York.
Beliau menegaskan bahawa keretanya tidak diubah suai untuk mengeluarkan bunyi bising dan berada dalam keadaan asal seperti yang dikeluarkan oleh kilang.
Menurutnya, undang-undang New York hanya membenarkan saman dikeluarkan kepada kenderaan yang diubah suai secara sengaja untuk meningkatkan bunyi enjin.
Aquilino juga menyatakan bahawa keretanya telah lulus pemeriksaan tahunan tanpa sebarang masalah dan beliau tidak memandu dengan laju atau secara melulu pada hari kejadian.
Namun, data pelanggaran trafik menunjukkan bahawa Aquilino telah menerima dua saman pada hari yang sama kerana melanggar lampu isyarat merah dan memandu laju di zon sekolah. – Agensi








