Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
SINGAPURA – Seorang pemandu Grab kerugian S$500 (RM1,574) selepas dompetnya diambil oleh penumpang yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada 23 Julai lalu,
Dengan perlahan dia menarik dompet itu ke belakang dan terus menyelongkar dompet itu dan memasukkan sesuatu ke dalam poket seluarnya yang dipercayai wang S$500 sebelum meletakkan dompet itu kembali ke tempat asal.
Sebaik saja tiba di destinasi Woodland, mangsa memaklumkan caj tambang perjalanan adalah S$9 dan lelaki itu membayarnya lebih dari jumlah tersebut dan menghalalkan baki bayaran itu.
Bagaimanapun segalanya sudah terlambat, Sulaiman hanya mengetahui dirinya dirompak lelaki terbabit selepas menyedari wang dalam dompetnya hilang yang mana jumlah S$500 itu merupakan gajinya selama tiga hari.
Justeru, Sulaiman menasihatkan pemandu Grab yang lain berhati-hati agar tidak menjadi mangsa golongan individu yang tidak bertanggungjawab.














