Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa | The Reporter

Pemandu Grab hilang sejak Jumaat lalu ditemui sudah tidak bernyawa

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Guys, member aku hilang semalam and might be kena rompak sebab kereta Grab dia penuh dengan kesan darah. Harap tiada apa-apa buruk yang berlaku terhadapnya di bulan ramadhan ini,” demikian tweet Azuljailani pada pagi semalam.


Guys , mmbe aku hilang semalam and might be kena rompak sbb kereta grab dia penuh dgn blood stains, hopefully nothing bad happen to him bulan ramadhan ni pic.twitter.com/kYRlZDaAah

— Azuljailani (@AzulJailani) May 26, 2019


Difahamkan, kali terakhir Mohammad Hanafie Jaafar dilihat adalah pada jam 4 pagi Sabtu dan keretanya ditemui di kawasan Indah Permai, di belakang pasar raya Giant, di kawasan tempat letak kereta dan tapak bazar. 

Dalam laporan Harian Metro, polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan mayat di Kampung Shahbandar, Tuaran, Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang, hari ini. 

Susulan penemuan itu, ahli keluarga pemandu Grab telah dipanggil untuk mengenal pasti mayat berkenaan. 
Menurut tweet terkini Azuljailani, ahli keluarga telah mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah mayat mangsa. 
“Dukacita dimaklumkan, mayat telah disahkan oleh ahli keluarga. Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangna orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah,” tweetnya. 

Dukacita dimaklumkan , mayat telah disahkan oleh ahli keluarga . Salam takziah kepada keluarga Mohammad Hanafie bin Jaafar , semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh . Al-fatihah

— Azuljailani (@AzulJailani) May 27, 2019

Leave a Reply
Related Posts