Pemain badminton China meninggal dunia, selepas pengsan di gelanggang - The Reporter

Pemain badminton China meninggal dunia, selepas pengsan di gelanggang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Zhang Zhijie, pemain badminton muda dari China, meninggal dunia selepas pengsan di atas gelanggang semasa Kejohanan Badminton Campuran Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

Insiden tersebut berlaku pada Ahad, ketika perlawanan ketiga antara China dan Jepun di GOR Among Raga.

Skor dalam permainan pertama adalah 11-11, apabila Zhijie, berhadapan dengan Kazuma Kawano. Dan secara tiba-tiba Zhijie pengsan di tengah gelanggang.

Zhijie mengalami kekejangan ketika pasukan perubatan cuba memberikan bantuan awal. Kemudian, Zhijie dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Malangnya, pemain berusia 17 tahun itu meninggal dunia pada jam 23:20 (waktu Indonesia) ketika menerima rawatan intensif.

Badminton Asia, Persatuan Badminton Indonesia, dan pihak penganjur mengeluarkan kenyataan bersama mengenai kematian Zhijie.

“Zhang Zhijie dari China, seorang pemain tunggal, pengsan di atas gelanggang semasa perlawanan malam. Beliau dibawa ke hospital dan meninggal dunia pada jam 23:20 waktu tempatan semalam.”

Badminton Asia, PBSI dan jawatankuasa penganjur mengucapkan takziah yang mendalam kepada ibu bapa, keluarga dan Persatuan Badminton China (CBA) atas kematian Zhijie.

“Dunia badminton telah kehilangan seorang pemain berbakat,” kata kenyataan tersebut.

Kejohanan Badminton Remaja Asia sedang berlangsung di GOR Among Raga, Yogyakarta, dari 28 Jun hingga 2 Julai untuk kategori pasukan campuran.

Sumber: New Straits Times

Total
0
Shares
Total
0
Share