Pelajar USIM pilih kembangkan syiar Islam di bumi New Zealand | The Reporter

Pelajar USIM pilih kembangkan syiar Islam di bumi New Zealand

Sumber Gambar: USIM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan untuk menyebarkan dakwah. Walaupun berbeza dari segi bangsa dan negara, isu tersebut bukan penghalang untuk menyebarkan lagi syiar Islam.

Pendekatan yang digunakan oleh seorang pelajar Fakulti Pengurusan dan Kepimpinan, Universiti Sains Malaysia (USIM) dikagumi ramai.

Ahmad Iqbal Hadi Mohd Zamani telah memilih Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand untuk mengembangkan syiar Islam dalam menyampaikan khutbah dan mengajar Al-Quran kepada komuniti sekeliling.

Beliau yang juga merupakan anak kelahiran Gombak, Selangor berusia 23 tahun ini memulakan latihan industrinya pada 18 Mac 2024 dan dijangka tamat pada 5 Julai 2024.

Dalam latihan berkenaan, beliau tidka berseorangan, tetapi ditemani dua lagi rakannya yang menjalani latihan di tempat yang sama.

“Saya memilih Masjid Al Noor kerana ingin mencabar diri dan menimba pengalaman bekerja di luar negara.

“Masjid ini menarik perhatian saya kerana keunikan yang dimiliki iaitu perpaduan etnik, budaya dan mazhab berbeza.

“Ini menjadikan masjid tersebut sebagai entiti penyatuan ummah,” katanya.

Halangan utama dalam menyebarkan syiar Islam

Dalam menyebarkan syiar Islam di sana, katanya pandangan dan mazhab serta budaya yang berbeza sering menjadi halangan utama dalam pengurusan masjid selain Kekurangan tenaga pendakwah juga menyukarkan usaha menyebarkan dakwah.

Namun begitu, pengalaman belajar tentang pelbagai budaya masyarakat yang berbeza di sana sangat berharga buatnya.

“Pengalaman ini adalah satu pelajaran yang sangat berharga, yang mana mungkin dapat dilupakan begitu sahaja

“Saya juga berharap dapat menggunakannya untuk kebaikan ummah pada masa akan datang,” katanya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Iqbal menyatakan Masjid Al Noor bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga pusat dakwah di Christchurch dan menjadi destinasi pelancongan, menawarkan kelas untuk mualaf, dan berfungsi sebagai sumber rujukan Islam.

Jelasnya, komuniti Muslim di Christchurch terdiri daripada lebih 30 etnik dan pelbagai mazhab berjumlah sekitar 4,000 orang.

Melanjutkan dakwah di Jepun

Dalam pada itu, Iqbal merancang untuk melanjutkan dakwah di Jepun.

“Pilihan saya untuk melanjutkan dakwah di Jepun disebabkan oleh keserasian budaya mereka dengan nilai-nilai Islam tertentu. Misalnya, penekanan terhadap kebersihan dan kepatuhan terhadap waktu.

“Hal ini memberi peluang kepada saya untuk menyebarkan ajaran Islam dalam konteks yang boleh diterima oleh masyarakat tempatan,” katanya.

Sumber: Universiti Sains Islam Malaysia

Related Posts